klik lahhh Nuff saya

Tuesday, November 9

"you have AIDS virus"




Apakah yang anda lakukan jika semasa anda seronok berenang renang di kolam swimming pool tiba2 terjun pesakit2 AIDS kedalam swimming pool tersebut? apakah yang anda lakukan.

a) terajang dorang agar tidak dapat masuk kedalam swimming pool
b) cepat2 anda beredar keluar dari kolam renang terebut
c) anda pergi ngorat salah sorang dari mereka yang ader muke cam seorang model
d) anda pura2 pengsan

maner jawapan anda, jawapan xder kat bahagian blakang buku nie.
jangan risau, walau ape pown jawapan anda, mungkin disebabkan kurang pendedahan terhadap perkara2 nie kan.

jika mereka terjun dalam kolam tue, anda pown ajak lahhh berkenalan ngan mereka n ajak dorang lumbe berenang. virus AIDS xkan merebaknyer dlm kolam renang tue, lagipon klorin yg ader pada kolam renang dah boleh bunuh virus tersebut.

tapi kalau darah pesakit HIV yang boleh mendatangkan AIDS masuk kedalam badan anda, bleh dijanhkiti ker? macam maner one day nanti, doktor masukkan darah dalam badan anda dan selang satu jangka, anda disahkan mengidap AIDS.

is it possible?? nie lah yang berlaku 11 tahun lepas kat segamat johor, remaja laki yang diberi darah pesakit HIV yang kini remaja tue dah mengidap AIDS. remaja tersebut.

disini ader beberapa cara bagaimana HIV boleh merebak
1)Hubungan seks dengan penghidap HIV / AIDS.
Hubungan seks dengan pelacur, orang yang anda baru kenali atau mengadakan hubungan seks sejenis walaupun di negara-negara yang mendakwa tidak mengalami masalah AIDS boleh membawa risiko kepada jangkitan HIV / AIDS. Virus HIV akan dapat memasuki badan anda melalui cecair faraj dan air mani. Anda tidak akan tahu seseorang itu dijangkiti virus AIDS dengan cuma melihat pada zahirnya sahaja kerana mereka boleh kelihatan sihat. Jangan terpedaya dengan pengesahan " Bebas Dari AIDS ".
2) Jarum suntikan yang telah diguna oleh penghidap HIV / AIDS.
Penagih dadah biasanya menjangkiti HIV / AIDS melalui cara ini. Mereka mengunakan atau berkongsi jarum suntikan yang telah diguna oleh penagih dadah lain. Akibatnya, pemindahan darah berlaku dan ini menyebabkan virus HIV memasuki badan mereka melalui jarum suntikan yang dijangkiti HIV. Perbuatan ini sama saja sebagai menyuntik virus HIV ke dalam badan anda sendiri. Di pusat rawatan, mereka mengunakan jarum suntikan yang baru setiap kali dan membuang jarum suntikan yang telah digunakan.
3) Ibu hamil yang menghidap HIV / AIDS kepada bayi yang dikandungnya.
Ibu hamil yang menghidap HIV / AIDS, berkemungkinan menjangkiti virus HIV kepada bayi yang dikandungnya. Ini adalah kerana dalam tempoh kehamilan, sebarang kemalangan mugkin berlaku dan menyebabkan kecederahan dalaman yang tidak diketahui oleh ibunya sendiri. Ibu yang menghidap HIV / AIDS juga mungkin menjangkiti HIV kepada bayi semasa bersalin ataupun semasa penyusuan.
4) Transfusi darah dari penghidap HIV / AIDS.
Kelakuan yang memungkinkan pemindahan darah berlaku, mempunyai risiko yang tinggi mengakibatkan jangkitan HIV / AIDS. Aktiviti "tattoo", "acupuncture", peralatan tindik telinga dan sebagainya, mempunyai risiko berlakunya kecederahan. Virus HIV akan berpeluang memasuki badan anda melalui luka anda walaupun luka sedikit sahaja. Kelakuan ini juga melibatkan tingkahlaku penagih dadah yang disebutkan di atas.
so kalau nak kawin nanti memang ader kan pemeriksaan HIV status yang perlu diambil sebagai salah satu syarat sebelom nak kawin kat malaysia nie, based on kelas kawin aku g sem lepas.



untuk menutup post kali nie, aku nak list kan perkara2 yang anda perlu tahu bahawa ianya tidak boleh merebakan virus AIDS...

1)MENYENTUH PESAKIT AIDS, iaitu seperti sentuhan, hempit2 kat tempat sesak, bersalaman,bekerja ngan dorang, bersukan, bercium..

2) MELALUI PINGGAN, MANGGKUK, SUDU DAN GELAS YANG DIGUNAKAN OLEH PESAKIT AIDS

3) DENGAN MENGGUNAKAN TANDAS AWAM, TELEFON DAN KENDERAAN AWAM kerana AIDS tidak boleh dijangkiti dengan menggunakan kemudahan awam di atas oleh kerana ia tidak merebak melalui air, udara, makanan dan menyentuh barangan dorang

4) MENCUBA PAKAIAN DI KEDAI PAKAIAN dan juga BERENANG NGAN DORANG

hehehe, so, jgn risau lahhh, kawan lah ngan dorang sumer...ok.. engat g kan "Aiman x KESAH".

12 comments:

  1. betol2.

    dah amek kursus kawen, bile nak kawen pulak? haha

    ReplyDelete
  2. ak x amek lg la kusus kawen... hahah

    ReplyDelete
  3. nice entry!thanks for sharing this info yah =)

    ReplyDelete
  4. anyss, die dah amek, kamu x amek g, so x boleh tuew

    ReplyDelete
  5. faiz tapit, cepat amek bro,kang kejap jerw ko dah abes kat ukm tue nantie... kejap ajerw. pastu kawin dah...hahaha, jemput aku gak

    ReplyDelete
  6. cik shabah: same2, tq gak sudi bace n tmbh info erwk, huhuhu

    ReplyDelete
  7. belommm la naim, die lom amek lagi lah.. :P

    ReplyDelete
  8. pergh naim....
    generasi bebas HIV ni...
    hehehehe.....
    thumbs up untuk info ini...hehe..

    ReplyDelete
  9. anyss, xkan arrrr, mse saya amek ari tue, saya nmpk die ader skali, tapi kat kelas laen lahhh, bukan sekelas ngan saya..huhuhu

    ReplyDelete
  10. lina, huhuhu. thumbs up maksudnyer kne blanje makan mc d utk kefahaman saya,hahaha... large please

    ReplyDelete
  11. ishh tak kot naim..die lom amek lagi, pelanduk dua serupa kot..
    lagipon mase kamu amek tu sy tau bile, n die pun takde g mane2 time tu..hehe :D

    ReplyDelete
  12. hah? yeker... mataku tersilap lahhh nie...
    adehhhh... engat dah nak dpt mam nasik minyak dah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...