فاطن صالحه رمضان
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin MuhammadAl- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...ana slalu bace notes2 org psl nikah,couple..n alhamdulillah..sumenye islamik n b'manfaat..so,skrg..ape kate kite tukar topik? moge topik ni m'gegarkn hati sesape yg m'bace..jika die beriman bahawa ada nye hari qiamat..luangkn lah mase sketika supaya kite merase seolah2 kite berada pd ketika ini..wallahua'lam..
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail &beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawamalaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaansiapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Diasendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esalagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagaiTuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnyameniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semuladi atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yangrata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "AjbuzZanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusiaumpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takutdan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yangmenghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagiyang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akanlupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskancahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, laluturunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhlukterkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yangmenakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari ataskepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi sepertikeadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar,bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasaikepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausaryang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukminsahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam iniberbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau airkolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu danrasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalirdari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak denganberkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir airmatanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusiatidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian merekaterdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka punpergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpadengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.smenyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Makakumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahima.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab sepertiNabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarakmasa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Laludiperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hinggamenakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orangmalaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun)sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tibadibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbungbulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpamaistana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat didalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangatkuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikuloleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpamasinggahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakantimbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masingturun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dantergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalanini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / KiramanKatibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing.Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, danamalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yangpertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikatakan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambildengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jikaorang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu NeracaTimbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyailidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yanggelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhabuntuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, makaseluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akanditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramaiuntuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicarasehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannyamenyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar denganmempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin olehTuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka iniberjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurgamelintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah sepertisehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggangbinatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinyadisebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuhke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiapmakhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorangsahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalamneraka.
SUBHANALLAH, minta dijauhkan segala azab. terima kasih kerana berkongsi entri ini.
ReplyDeleteI am truly glad to reaԁ thіs blog posts
ReplyDeletewhіch contains lots of helpful information, thankѕ for ргoviding
these information.
Feеl free to visit my blog post: payday loans